Berusaha Disaat Bisa

Icon

Merangkai Kata, Menyirat Makna

Ciri-ciri Kemenangan

Setiap hari kita mendengar bilal melaungkan Haiyaalafallah (Marilah menuju kemenangan) dalam laungan azan lima kali sehari. Apakah kemenangan yang dimaksudkan? Dalam Al Quran ada tiga istilah yang dimaksudkan dengan kemenangan iaitu “al falah”,”al fawzu” dan “al Nasr”.

Kita perlu mengetahui ciri-ciri kemenangan agar dapat tergolong di dalam hamba-hamba Allah yang mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.

Antara ciri atau sifat yang membawa kemenangan yang digambarkan dalam Al Quran ialah seperti berikut:

  • Orang-orang yang membersihkan jiwanya – Al A’la ayat 14.
  • Orang-orang yang mendapat petunjuk tuhan. – Al Baqarah ayat 5
  • Orang menyeru kepada yang baik dan menegah dari perkara yang mungkar – Al Imran ayat 104
  • Orang yang beriman dengan Rasulullah, yang memuliakannya, yang menolong dan membelanya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkannya – Al A’raf ayat 157
  • Orang yang berjihad dengan harta benda dan dirinya – At Taubah ayat 88
  • Orang yang beriman dan taat serta patuh. – An Nur ayat 51
  • Orang yang membelanjakan sebahagian rezekinya kepada kaum keluarga, orang miskin dan musafir yang perlukan bantuan. – Ar Rum ayat 38
  • Orang yang dipelihara dari kebakhilan. – At Taghaabun ayat 16
  • Orang mukmin yang khusyuk sembahyangnya, yang menjauhkan diri dari perkara yang sia-sia, yang membayar zakat, yang memelihara kemaluannya, yang memelihara amanah dan janji dan orang yang menjaga ibadah sembahyangnya. – Al Mukminun ayat 1-11.
  • Orang yang bertakwa. – Al Maidah ayat 100
  • Orang yang bertaubat. – An Nur ayat 31
  • Orang yang mengingati Allah. – Al A’Raf ayat 69
  • Orang yang sujud dan rukuk yang mengabdi kepada Allah dan membuat kebaikan. – Al Hajj ayat 77
  • Orang yang berat timbangan amalnya. – Al Mukminun ayat 102

Marilah kita menyemak diri kita sama ada ciri-ciri yang disenaraikan di atas telah ada dalam diri kita. Jika tidak ada, maka kita tidak tergolong dalam golongan yang akan mendapat kemenangan dalam hidup ini. Bertindaklah dari sekarang kerana penamat hidup kita mungkin akan tiba esok!!!

Filed under: Tazkirah, daawah.com ,

Cermin Diri

  • Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  • Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
  • Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
  • Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
  • Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
  • Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
  • Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
  • Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
  • Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

    Filed under: Tazkirah, daawah.com ,

    4 macam manusia

    Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

    1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
    2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
    3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
    4. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

    Filed under: Tazkirah, daawah.com ,

    Bulan Ini

    November 2009
    M S S R K J S
    « Apr    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  

    Arsip

    Tulisan Teratas

    • Tidak ada